Friday, November 27, 2009

Kegagalan....................

dari 8 biji telur ayam hutan ..hanya 2 yang menetas.......ayam bertelur musim hujan inilah yang akan terjadi...setelah dikaji dan di buat post mortem antara sebab2 yang menyebabkan telor tak dapat di tetaskan ialah seperti berikut.............

1.Ayam bertelur merata-rata dimusim hujan menyebabkan telur terkena tempias hujan...

2.blackout 3x selama tempoh mengeram yang masing2 memakan masa antara 6-9 jam.....

3.ada ayam yang pertama kali bertelur.

4.telor kotor....

5.tiga telor tak ada benih terpaksa di reject pada hari ke 8 ...........


dan ini gambar anak2 ayam hutan yang berjaya di tetaskan.....roma bulunya amat berbeza dengan ayam kampung @ serama....


Tuesday, November 17, 2009

Pesta jualan komputer di TTC........










assalamualaikum................lama ambe tak update blog pasal terlalu bz dengan tugasan maklumlah dah akhir tahun .......akhir minggu lalu ambe sempat lah gi ke pesta....so ambe ader ambik beberapa gambar untuk tatapan semua........







Tuesday, November 10, 2009

Cenderahati dari Terengganu ..(keychain)



cenderahati dari negeri Terengganu Darul iman... Bandaraya warisan Pesisir Air........














































Monday, November 9, 2009

Keputusan akhir incubator pertama amber..........

Alhamdulilah syukur kepada ALLAh kerana incubator ambe berjaya menetaskah 12 ekor anak ayam dari 13 biji telur yang ambe buat percubaan pertama incubator ambe....11 ekor chat tapi 1 ekor tak chat...tapi ok lah .....pic kat bawah ni telur yang ambe letak dalam inkubator ambe..


dan ini keputusan yang didapti dari inkubator kotak plastik amber.....anak2 ayam ni ambe letak kan dalam brooder plastik gak..(12 anak ayam berjaya ditetaskan)


Friday, November 6, 2009

Musim Tengkujuh telah bermula...........

hingga ke hari ini telah masuk hampir seminggu hujan tak henti di sekitar kuala terengganu termasuk lah di kampung ambe...air hujan mula menbanjiri sungai-sungai,parit-parit dan juga paya paya.......bila semua ni berlaku ...orang -orang kampung akan mula menahan pukat ....lihat gambar yang amber postkan ini ialah di kampung ambe...seronok sangat sampai tak terasa sejuk yang mencengkam kulit....lebih2 lagi kalau banyak hasinya......




ni sebenarnya jalan.tapi dah di tengelami air.....antara kawasan yang strtegik menahan pukat....



lihat abang ni yang asyik membasuh pukatnya......ambe terlewat sampai untuk snap habuan yang diperolehi abang ni.....ni pun 10 minit selepas tu hujan lebat lagi..........

Thursday, November 5, 2009

Anak sulung inkubator amber...........................

alhamdulilah ..syukur kepada yang Maha Esa ...hari ni banyak ayam2 ambe muler menebuk kulit telur dan ader yang telah menetas pun...ni telur yang amber beli kat pasar manir...ingat tak menetas doh ..ruper2nya menetas juga........so pendapat yang mengatakan telur yang kat pasar hanya boleh di buat telur dadar boleh di ketepikan seketika...sebagaimana kata-kata otai semua yang penting candling,usaha dan selebihnya kita serahkan kepada yang Maha Kuasa.....ke guane boh.........

Tuesday, November 3, 2009

Masalah ayam tak mengawan dan bertelur???????

Antara masalah yang ambe hadapi dalam membiak ayam hutan ini ..ia tak nak mengawan dan bertelur walaupun ambe letak dalam reban yang khas ia sepasang namun amat lah malang si jantan tak nak mengawan yang menyebabkan si betina tak dapat nak hasilkan telur..bayangkan ambe kurung hampir dua bulan sampai si jantan tu telah mati....tak juga ambe dapat bakanya...sudah puas ambe berusaha,beli dedak untuk pembiakan lah...beri makan kelapa lah..tak juga2 menjadi..akhirnya setelah bertungku lumus berusaha ambe telah berjaya menemui penyelesaian kepada masalah ini...iaitu ambe telah diperkenalkan oleh seseorang dengan serbuk khas yang berfungsi untuk menaikan nafsu haiwan....menurut beliau serbuk ini di ambil khas dari thailand....amber campurkan serbuk ini dengan dedak ayam dan beri pada pejantan ayam hutan ambe..selepas tu ambe pisahkan sehari dengan induk betina

Keesokanya ambe lihat perubahan pada si jantan....ia nampak sangat galak...malah ketika ambe pegang si betina untuk dipasangkan padanya ..si jantan yang sebelum ini agak liar telah datang memhampiri ambe......tanpa membuang masa terus ambe lepas si betina lantas si jantan terus mengawan ..depan2 ambe tu tanpa perasaan segan silu langsung...bukan sekali malah 3 kali berturut2....bukan setakat si betina ayam hutan ia panjat malah si betina serama pun ai nak panjat ..pantang lihat betina....fuh dasyat penagan serbuk ni.....yang lebih mengembirakan seminggu selepas tu induk betina ambe telah bertelur walaupun amber letakkan di tempat yang agak sempit dan bising......dan kesemua induk betina ambe(2 ekor) telah bertelur dan menunggu masa jer untuk di masukkan dalam inkubator.....kesimpulannya masalah ayam tak bertelur ada kalanya datang dari induk jantan yang tak mengawan.....so ambe tunjukkan pic serbuk tersebut ..tapi semer dalam bahasa siam lah..kalau ader yang pandai dan tahu tolonglah beritahu ubat aper ni sebenarnya........