Saturday, January 16, 2010

Cara mengenal jantina anak2 ayam hutan....

Gambar dibawah merupakan ayam jantan..lihat balung nya yang jelas menonjol walaupun anak ayam ni umur nya lebih mudah 10 hari berbanding dengan yanga betina.


Dua gambar di bawah ini pula merupakan anak ayam hutan yang betina...balungnya walaupun ada tapi kurang jelas kelihatan ..kene perhati molek2 baru nampak






Saturday, December 26, 2009

Hasil terakhir "minilite" inkubator ambe tahun ni.........

inilah hasil terakhir minilite inku ambe untuk tahun ni..hari khamis dan jumaat kelmarin 9 ekor dari 9 biji telor ayam hutan ambe telah berjaya di tetaskan dgn salah seekor nya masih dalam wad ICU...mungkin kerana beliau paling lewat menetas....yang ambe tak respect untuk menetas kerana kesibukkan keje di akhir tahun menyebabkan ambe kurang dapat memusingkan telur2 ini......ayam2 hutan yang ambe bela dari bulan jun dulu akhir membuah hasil setelah beberapa bulan tak bertelur..sehinggalah ambe beri makan serbuk mengawan dgn tetasan 16 ekor anak2 ayam hutan dari 2 ekor ibu......sekarang ambe stop jap pemberian serbuk tersebut kerana dikhuatiri menjejaskan ibu2 yam hutan ambe.....so buat masa sekarang ibu2 ayam hutan ambe tak lah bertelur lagi...sekarang hanya tinggal 10 biji telur ayam hutan(eram dlm "minilite inkubator-second inku just untk telur ayam hutan) yang dijangkakan menetas pada januari 2010 disamping lebih 50 biji telur ayam kampung (my first inkubator) yang juga dijangkakan menetas pada bulan januari 2010...semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini..............


Thursday, December 24, 2009

ayam kampung semakin mahal....................


aduh..dek memang kegemaran makan gulai ayam kampung..kebetulan stok ayam kampung kat umah pula tidak ader kerana ayam2 kurang menjadi akibar ibu2 yang ska makan telur sendiri terpaksalah ambe beli ayam2 kampung ni...ayam yang tak samapai 2 kilo ambe beli dalam harga rm23 siap potong......masak gulai kampung kemudian buat cicoh lempeng nyor...fuh terangkat beb....

Saturday, December 19, 2009

Anak ayam hutan sulong keluaran inkubator ambe...

ha..ni lah antara anak-anak ayam hutan keluaran inkubator ambe.........tak banyak yang menetas walaupun telur agak banyak kerana telur dari ibu yang pertama kali bertelur dan ditambah pula musim hujan banyak telur yang terkena air.........



Friday, December 18, 2009

Stok dah sampai tapi.................

Serbuk untuk mengalakkan ayam mengawan telah sampai....tak banyak pun kerana barang seludup....adus.....tapi setakat ambe gune lah..memang mujarab.....dalam musim2 hujan pun ayam mengawan...ayam jantan dan betina jadi naik minyak @ syekh.......tak kira siang @ malam,pagi @ petang.....nak bertenggek jer jadinya hinggakan si betina botak kepalanya....tapi sayang nya.ayam2 hutan ambe bertelur tak kene pada masanya iaitu dalam musin hujan....hingga sekarang ambe dapat kutip lebih dari 40 biji telur aym2 hutan ni dari 2 ekor ibu sahaja..tak tahu lah jadi ke tak kerana telur basah...tapi 8 ekor berjaya di tetaskan 3 ekor mati kerana kesilapan ambe sendiri....nati ambe upkan anak2 ayam hutan ni.kebanyakkan basah kerana kena air dari kaki ayam2 ni...

Koleksi baru..................Bantam Emas

Alhamdulilah ...rezeki..tak sangka dapat ayam ni...lama dah cari.walau macam dah kacuk tapi bab kata orang tua tiada rotan akar pun berguna juga .dapat pun dekat dengan kampung sendiri...menurut khabar ayam ni sukar di dapati ...kalau adapun harga tinggi.......tapi ambe dapat dengan harga begitu istemewa....tapi sayang nya sekor je lah..ambe dapat yang jantan...tuan ayam ni jual kerana beliau tiada yang betina....tapi ambe ingat nak kacuk dengan serama dan ayam hutan.....tak tahu lah hasilnya macam mana nanti..sama-sama kita tunggu........


Thursday, December 17, 2009

Pesta di musim banjir........................

Setelah sekian lama duk sibuk dengan keje2 akhir tahun dapat jua ambe update blog ambe ni........ni semasa terjadinya banir di kawasan2 sekitar kampung ambe..hujan ketika itu memang tak henti2..akibat nya air melimpah ...banyak rumah di tengelami air....tapi di kampung ambe ni bila musim2 tengkujuh ..menjadi satu pesta bagi mereka..terutama bagi mereka yang mahir memukat...waktu2 begini ikan keli seperti keli lembut,keli kayu dan keli panau muncul dan permintaan terhadap keli ini amat lah tinggi.....